Allah
telah menciptakan sekalian makluk. Dari kalangan jin dan manusia, surga dan
neraka, pencaturan alam malah berfungsinya akal dan yang mengerakkan tubuh
badan kita juga dengan kuasanya. Tanpa izin dan kuasanya nyata kita tidak mampu
begerak malah tiada kita di alam maya ini. Allah telah mengatur perjalanan kita
dari awal lagi semuanya telah tertulis dengan Qada' dan Qadarnya. Di dalam
rukun iman yang enam termasuk juga kita wajib percayakan qada` dan qadar.
Surat
AL An'aam ayat 73
Dan
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah
perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah",
dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia
mengetahui yang gaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Mengetahui
Cuba
kita fikirkan bersama persoalan ini. Suatu hari kamu telah mencuri dan apabila
di hitung dihari kemudian akhirnya kamu di humban ke neraka atas perkara apa
yang kamu kerjakan. Yang mengerakkan tangan kamu bukan kah izin allah dan kuasa
allah? Yang mengerakkan akal kamu juga bukankah kuasa allah? Bukankah Allah
maha mengetahui dan allah maha penyanyang? Apakah salahnya jika waktu kamu
tergerak di hati ingin mencuri allah lindungi kamu dan mengerakkan hati kamu
kearah yang lebih baik? Bukankah ini semua pencaturan-Nya yang maha mengetahui
dan bijaksana?
Jadi Siapakah yang bersalah di dalam persoalan ini? Jika
Allah bersalah apakah sebab dalil dan faktanya. Dan jika kita bersalah apa pula
huraiannya?
Di
dalam Al-Quran banyak ayat mengatakan soal kedua duanya. kita sedia maklum dan amat
mengetahui kebenaran Al-Quran untuk dipegang diamal dijadikan jalan petunjuk
didunia dan akhirat. contohnya :
Serta
Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan
dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! (Al-Mursalaat:
23)
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. (Al-Qamar: 55)
Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (Al-An'aam: 18)
Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal: 24)
Didalam contoh2 4 ayat tersebut secara terangnya menyatakan bahawa Allah maha menentukan segalanya, maha berkuasa apa yang dikehendakinya, kesimpulannya baik buruk adalah atas kuasanya dan izinnya. kita cuba lihat contoh2 ayat lainnya pula.
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (Al-Anfaal: 53)
Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd:
11)
contoh 2 ayat ini mengatakan
bahawa Allah tidak akan mengubah atau menentukan, tingkah laku, sikap samaada
baik atau buruk kecuali kita sendiri yang berkuasa mengubahnya.
Kita sering juga mendengar dari
ilmuan2 mengatakan jodoh pertemuan ditangan Allah. telah diatur tetap sejak
azali lagi atas kata lain telah tertulis. Andai kita berkahwin kemudian becerai
(hidup) berkahwin lagi kemudian becerai dan seterusnya sentiasa bermasaalah ada
diantaranya isteri diinaya sehingga sanggup dilacurkan dan bermacam2 lagi.
Adakah ini takdir yang telah tertulis? Maknanya kehidupan kita telah disusun
atur sejak awal lagi dengan kuasanya.
Kita juga sedia
maklum bahwa Allah itu maha penyanyang maha pengampun lagi maha mengetahui.
Sesungguhnya Allah tidak sesekali berlaku zalim kepada manusia kecuali manusia2
itu sendiri menzalimi diri mereka sendiri.
Memperingatkan
mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (Ash-Shu'araa: 209)
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah
kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu
(terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan
RasulNya akan berlaku zalim kepada
mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang
yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran
mereka). (An-Noor: 50)
Allah maha mengetahui dan
bijaksana, setiap apa yang diciptakan tidak dengan sia2 dan setiap apa yang
diperkatakan atau dituntut sudah pasti ada Rahsia dan kebenarannya. Oleh itu
selaku makhluk manusia dan Jin yang dicipta dianugerah Akal sama2lah kita memperluaskan
minda dan pengetahuan kita. Jangan sampai kita mengatakan kebenaran Islam dan
Al-Quran tetapi kita tidak dapat mengulas akan apa yang kita pertahankan dan
jadikan pegangan apabila ditanya oleh mereka2 yang dahagakan kebenaran
kushusnya orang2 yang ingin mengenal Islam.
Peganglah agama mu pada kebenarannya bukan
kepada keturunan mu.
Admin : Jangan cepat bersyukur kita
dilahirkan sebagai Islam tetapi bersyukurlah kerna kita berusaha dapat
menafaatkan Akal yang dikurniakan Allah. kerana apa bezanya yang mengaku Islam
dengan Kafir jika arah tujunya tidak tahu kemana.
Jadi Siapakah yang
bersalah di dalam persoalan ini? Jika Allah bersalah apakah sebab dalil dan
faktanya. Dan jika kita bersalah apa pula huraiannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan