- Ashhaduallailahaillallah hu waashhaduannamuhammadarrasullullallah -
Aku ketahui dan aku iktiqadkan dengan hati ku dan aku nyatakan bagi yang lain daripada ku akan bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah sebenar benarnya melainkan Allah, jua yang kaya ia daripada tiap tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap tiap yang lain itu kepada-Nya Lagi yang bersifat ia dengan tiap tiap sifat kesempurnaan yang maha suci ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai ia pada zatnya dan sifatnya dan afaalnya akan seseorang maka ialah tuhan yang menjadi ia akan segala makluk yang ulvinya dan syuflinya lagi ketunggalannya ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradatnya maka terserahlah segala keenakkan ini semuanya pada bawah pemerintahannya dan tiadalah jenis itiraf bagi seorang jua pun akan kehendaknya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan