Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Rabu, 24 Julai 2013

Dengar.. Fikir dan Faham.. Jgn mngandaikn pkara yg belum pasti dn kmu tdk tahu.

Anda ingin mencari hantu, ingin memasuki alam ghaib atau memasuki alam paranormal.. Anda pergi ke mana2 ceruk rantau, hutan belukar, gunung ganang, tanah pkuburan malah pantang terdengar dimana ada tempat2 mistik pasti anda pergi mencari, menanti dn terus menunggu. Malangnya anda tk pernah bertemu. tak pernah terdengar sebarang bunyi2an atau terdengar suara2 yang berkaitan dgn alam2 ghaib. tak pernah ketemu secara terus hantu yang berupa puntianak contohnya.. yang mengerikan dn sebagainya.. persoalannya.. "Adakah layak anda bercerita tentang hantu? sedangkan anda tk pernah bjumpa. anda mungkin layak bercerita tentang pgalaman anda mencari hantu ttapi adakah anda layak memberi pandangan tentang hantu? sedangkan anda tk pernah merasai dan menjiwainya. rupa yang menakutkan, hodoh dan macam2 mengenainya.adakah orang2 yang mendengar cerita anda tentang hantu, mereka2 boleh menerima dan mempercayainya?