Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Fatwa - ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG ILMU TAJALI AHMAD LAKSAMANA
(HAKIKAT INSAN)

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1) Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan-

(a) buku “Hakikat Insan” yang di tulis oleh Haji Ahmad Laksamana;

(b) buku “Rahsia Mengenal Diri” yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan;

(c) buku-

(i) “Rahsia Hakikat Insan”; dan

(ii) “Cara Mengenal Diri”, yang ditulis oleh Imam Al-Soouti,

didapati mengandungi ajaran-ajaran yang meragukan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam dilarang menyebarkan, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam, di mana-mana jua berada,yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

(3) Orang-orang Islam tidak boleh menjual, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1)


Dibuat pada 19hb Oktober 1995

Made the 19th October 1995
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007.]

S.S. DATO’ HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor

Tiada ulasan: