Anda telah menonton sebuah Film yang amat baik dari segi pengolahan babak cerita, script, audio video, penataan cahaya dan sebagainya sehinggakan anda tidak merasa jemu untuk menonton Film tersebut berulang kali. Setiap babak anda dapat menyusun selepas itu dan ini. Dengan kepuasan yang tidak dibayangkan ini anda terasa ingin sangat sangat untuk menyampaikan kepada kawan kawan anda yang lain tentang kebaikkan mutu Film ini dimana amat rugi jika tidak dapat menontonnya dan amat berbaloi walau harga tiket yang agak mahal.
Persoalannya segala isi cerita segala isi Film tersebut adakah anda dapat menyusun satu persatu 100% kepada kawan anda tanpa kawan anda menontonnya? Ditambah pula segala penyampaian isi Film tersebut yang telah disampaikan kepada kawan anda itu membuatkan kawan anda benar benar terpesona, tertarik dan faham tanpa kawan anda menontonnya sendiri secara live sama ada di pawagam atau melalui kepingan CD dirumah. Kerana tertarik dan terpesona akan penyampaian Film dari anda ini, kawan anda ingin menyampaikan pula kepada kawan kawannya yang lain padahal ia langsung tidak menontonnya. Adakah isi cerita yang disampaikan itu benar benar asli? tidak lari sedikit pun dari cerita asal. Oleh yang demikian, bagaimana dan siapakah yang dapat mengesahkan keaslian cerita tersebut? Memandangkan bertahun demi bertahun sampai menyampai Film cerita tersebut telah hilang dari simpanan. Ada tetapi amat sukar didapati. Pawagam tidak menayangkan lagi. Cd2 sudah tiada. Siapakah yang menyimpan yang ada Film tersebut?
Cuba kita lapangkan dan positifkan minda kita sebentar bagi sama sama memikirkan persoalan perumpamaan atau contoh contoh bersabit perkara ini dimana kita imbaskan kembali peristiwa peristiwa sejarah rasulullah dan para sahabat, hukum hukum serta teguran yang telah disampai oleh Rasulullah. Setiap bait bait ungkapan Jibrail yang penuh makna, pengertian dan pengajaran untuk dijadikan pegangan sandaran setiap manusia dan Jin menempuh penghidupan ini ditulis kembali sehingga menjadi Al-Quran. Agar setiap manusia itu tidak lupa landasan mana yang perlu dilaluinya agar tidak terpesong.
Al-Quran itu diibaratkan satu pohon rendang, satu pohon yang besar terasnya. dan ianya mempunyai banyak dahan dahan dan ranting ranting serta daun. Batang teras besar yang menjadi tunjang utama pohon itulah ayat ayat atau isi isi Al-Quran, dahan dahan diumpamakan segala amalan amalan atau perbuatan rasulullah yang pada masa yang sama Rasulullah menerangkan mengapa ia perbuat demikian atas kata lain sunnah sunnahnya. Ranting ranting dan daun itu umpama sejarah sejarah atau peristiwa dan hadith hadith.Bunga dan buah itu adalah keindahan dan nikmatnya. Makanya jika manusia ini terkeluar dari rimbunan pohon rendang ini tidaklah ia beroleh keistimewaan dan nikmat.
Kita sedia maklum tahu akan keistimewaan dan hebatnya Rasulullah dan kata kata akhir baginda juga yang terkandung didalam Al-Quran dan lipatan peristiwa “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya”
“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]
“Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”
Justeru itu beruntunglah mereka mereka yang telah diberi ingat dan ingin memikirkannya serta mengubah haluan kearah tuntutan dan pesanan Rasullullah. Berbalik kembali kepada perumpamaan kisah Film dan sampai menyampai tadi apakah yang kita dapat menyelami makna disebaliknya yang kita dapat memikirkan bersama? Anda bayang dan fikir zaman Rasulullah telah berlalu berabad abad lamanya dari satu generasi ke satu generasi, dari satu kaum ke satu kaum. mereka mereka yang bersama dan merasai dizaman Rasulullah telah lama tiada. Dengan ikutan satu Rasul satu Al-Quran Satu Agama mengapa manusia manusia ini berlainan pendapat? Masing masing mengakui pegangan mereka yang paling benar yang terus dari Rasulullah. Sehingga menjadi perbagai aliran contohnya yang mengakui Ahli Sunnah WalJamaah, Syiah, Wahabi dan bermacam macam lagi. Yang mana satukah yang paling benar? Kita tidak perlulah membezakan antara Ahli Sunnah dan Syiah contohnya. Kita ambil golongan yang mengakui Ahli Sunnah pun berbeza pendapat bukankah sepatutnya sama? Kerna Allah dan Rasulnya tahu akan manusia sesudahnya ini maka Rasulullah telah bersabda,
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.”
Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a. Dengan satu isu atau perkara ke empat empat mazhab ini ada yang berbeza pendapat. Sehingga ada diantara kita mengatakan Mazhab mazhab ini lah yang memecah belahkan umat. Anda bayangkan adakah anda dikalangan mereka? Padahal mazhab mazhab ini pewaris pewaris yang tersohor yang amat jelas susur galur ilmu dan amalannya.
Siapakah dikalangan zaman kita ini dapat mengesahkan kebenaran kebenaran setiap amalan dan perkara itu? Sedangkan tiada seorang manusia pun yang masih ada dizaman Rasulullah dan para sahabat. Seperti mana yang saya perkatakan perumpamaan contoh tentang menonton Film tadi.
Marilah sama sama kita fikirkan dan renungkan berlapang dada berlapang minda positif minda keterbukaan akal. Tenang. Jangan salah menyalahi. Carilah Muhammad sampai jumpa. kerana Muhammad sahaja yang ada di zaman Muhammad. Bukan saya bukan anda tetapi DIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan