Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Jumaat, 13 Julai 2012

Tiga Situasi

Situasi Pertama :-

    Jika Anda menjadi seorang Raja. Raja yang berkuasa lagi bijaksana.. Penuh ilmu didada samaada ilmu2 mempertahankan diri, ilmu2 peperangan malah ilmu2 pemerintahan, ekonomi dan undang2. segalanya keistimewaan ada pada Anda sebagai seorang Raja yang berdaulat. Tetapi Anda hanya sendirian di sebuah Pulau yg amat terpencil yg tidak ada berpenghuni. Hanya Anda seorang.

Situasi Kedua :-

   Jika Anda seorang Guru yang mahir lagi Pakar didalam bidang yang Anda ceburi. Pakar motivasi lagi seorang guru yang berkempimpinan. Anda mempunyai ramai anak murid. sudah pastinya setiap kelemahan, kekurangan dan kebijaksanaan setiap murid anda mengetahuinya. Apabila satu2 kelemahan itu dapat anda kesani sudah pastinya anda akan fokuskan dengan latihan2 tubi dan ujian2 yang kerap.

Situasi Ketiga :-

    Jika Anda menjadi seorang pelajar, tingkatan 3 contohnya. bolehkah anda tanpa mengharungi, menghadapi ujian2 atau kertas2 peperiksaan Anda terus ingin ke tingkatan 4?

Sama samalah kita renung renungkan, fikir2kan 3 situasi ini.

Tiada ulasan: