Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Ahad, 5 Ogos 2012

Siapakah Yang Bersalah? "Ulangan"


Allah telah menciptakan sekalian makluk. Dari kalangan jin dan manusia, surga dan neraka, pencaturan alam malah berfungsinya akal dan yang mengerakkan tubuh badan kita juga dengan kuasanya. Tanpa izin dan kuasanya nyata kita tidak mampu begerak malah tiada kita di alam maya ini. Allah telah mengatur perjalanan kita dari awal lagi semuanya telah tertulis dengan Qada' dan Qadarnya. Di dalam rukun iman yang enam termasuk juga kita wajib percayakan qada` dan qadar.

Surat AL An'aam ayat 73

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang gaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Cuba kita fikirkan bersama persoalan ini. Suatu hari kamu telah mencuri dan apabila di hitung dihari kemudian akhirnya kamu di humban ke neraka atas perkara apa yang kamu kerjakan. Yang mengerakkan tangan kamu bukan kah izin allah dan kuasa allah? Yang mengerakkan akal kamu juga bukankah kuasa allah? Bukankah Allah maha mengetahui dan allah maha penyanyang? Apakah salahnya jika waktu kamu tergerak di hati ingin mencuri allah lindungi kamu dan mengerakkan hati kamu kearah yang lebih baik? Bukankah ini semua pencaturan-Nya yang maha mengetahui dan bijaksana?

Jadi Siapakah yang bersalah di dalam persoalan ini? Jika Allah bersalah apakah sebab dalil dan faktanya. Dan jika kita bersalah apa pula huraiannya?

Di dalam Al-Quran banyak ayat mengatakan soal kedua duanya. kita sedia maklum dan amat mengetahui kebenaran Al-Quran untuk dipegang diamal dijadikan jalan petunjuk didunia dan akhirat. contohnya : 

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! (Al-Mursalaat: 23)

Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. (Al-Qamar: 55)

Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (Al-An'aam: 18)

Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal: 24)

Didalam contoh2 4 ayat tersebut secara terangnya menyatakan bahawa Allah maha menentukan segalanya, maha berkuasa apa yang dikehendakinya, kesimpulannya baik buruk adalah atas kuasanya dan izinnya. kita cuba lihat contoh2 ayat lainnya pula.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal: 53)

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd: 11)

contoh 2 ayat ini mengatakan bahawa Allah tidak akan mengubah atau menentukan, tingkah laku, sikap samaada baik atau buruk kecuali kita sendiri yang berkuasa mengubahnya.

Kita sering juga mendengar dari ilmuan2 mengatakan jodoh pertemuan ditangan Allah. telah diatur tetap sejak azali lagi atas kata lain telah tertulis. Andai kita berkahwin kemudian becerai (hidup) berkahwin lagi kemudian becerai dan seterusnya sentiasa bermasaalah ada diantaranya isteri diinaya sehingga sanggup dilacurkan dan bermacam2 lagi. Adakah ini takdir yang telah tertulis? Maknanya kehidupan kita telah disusun atur sejak awal lagi dengan kuasanya.

Kita juga sedia maklum bahwa Allah itu maha penyanyang maha pengampun lagi maha mengetahui. Sesungguhnya Allah tidak sesekali berlaku zalim kepada manusia kecuali manusia2 itu sendiri menzalimi diri mereka sendiri.

Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (Ash-Shu'araa: 209)

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka). (An-Noor: 50)

Allah maha mengetahui dan bijaksana, setiap apa yang diciptakan tidak dengan sia2 dan setiap apa yang diperkatakan atau dituntut sudah pasti ada Rahsia dan kebenarannya. Oleh itu selaku makhluk manusia dan Jin yang dicipta dianugerah Akal sama2lah kita memperluaskan minda dan pengetahuan kita. Jangan sampai kita mengatakan kebenaran Islam dan Al-Quran tetapi kita tidak dapat mengulas akan apa yang kita pertahankan dan jadikan pegangan apabila ditanya oleh mereka2 yang dahagakan kebenaran kushusnya orang2 yang ingin mengenal Islam.

Peganglah agama mu pada kebenarannya bukan kepada keturunan mu.
Admin : Jangan cepat bersyukur kita dilahirkan sebagai Islam tetapi bersyukurlah kerna kita berusaha dapat menafaatkan Akal yang dikurniakan Allah. kerana apa bezanya yang mengaku Islam dengan Kafir jika arah tujunya tidak tahu kemana.

Jadi Siapakah yang bersalah di dalam persoalan ini? Jika Allah bersalah apakah sebab dalil dan faktanya. Dan jika kita bersalah apa pula huraiannya?

Jumaat, 13 Julai 2012

Tiga Situasi

Situasi Pertama :-

    Jika Anda menjadi seorang Raja. Raja yang berkuasa lagi bijaksana.. Penuh ilmu didada samaada ilmu2 mempertahankan diri, ilmu2 peperangan malah ilmu2 pemerintahan, ekonomi dan undang2. segalanya keistimewaan ada pada Anda sebagai seorang Raja yang berdaulat. Tetapi Anda hanya sendirian di sebuah Pulau yg amat terpencil yg tidak ada berpenghuni. Hanya Anda seorang.

Situasi Kedua :-

   Jika Anda seorang Guru yang mahir lagi Pakar didalam bidang yang Anda ceburi. Pakar motivasi lagi seorang guru yang berkempimpinan. Anda mempunyai ramai anak murid. sudah pastinya setiap kelemahan, kekurangan dan kebijaksanaan setiap murid anda mengetahuinya. Apabila satu2 kelemahan itu dapat anda kesani sudah pastinya anda akan fokuskan dengan latihan2 tubi dan ujian2 yang kerap.

Situasi Ketiga :-

    Jika Anda menjadi seorang pelajar, tingkatan 3 contohnya. bolehkah anda tanpa mengharungi, menghadapi ujian2 atau kertas2 peperiksaan Anda terus ingin ke tingkatan 4?

Sama samalah kita renung renungkan, fikir2kan 3 situasi ini.