Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Rabu, 21 Julai 2010

Kemuliaan Kejadian Manusia?

Mengapa manusia diciptakan Allah dengan sebaik baik kejadian? Semulia kejadian, mulia dari makhluk2 yang lain?

Surat Al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :-
"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging
kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".

Surat Al-Tin ayat 4 yang bermaksud :-
"Demi sesungguhnya Kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"

Banyak sumber2 dari Al-Quran dan hadith2 yg menyatakan tentang kemulian kejadian penciptaan manusia. Mengapa tidak dari kalangan malaikat jin atau haiwan atau penghidupan2 lain? Sudah pastinya rata rata dari kalangan kita akan menjawap persoalan ini iaitu “AKAL” kerana dengan akallah menentukan baik buruk manusia ini. Dengan akal inilah juga manusia boleh berfikir samada baik atau buruk, salah atau pun benar. Dengan akal inilah membezakan manusia dengan makluk2 yang lain. Pernahkah kita terfikir bahawa golongan Jin juga mempunyai akal? Kerana hanya golongan manusia dan jin sahaja yang dihitung amalannya di akhir kemudian kelak.

Surat Al A'Raaf ayat 179 yang bermaksud :-
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Surat Adz Dzaariyaat Ayat 56 yang bermaksud :-
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada ku”.

Ayat ini jelas menunjukkan hanya 2 golongan ini yang dikurniakan akal dimana ia dihitung timbang dihari kemudian tentang segala amalan yang dilakukan. Mengapakah tidak dinyatakan kedua golongan ini mulia semulia kejadian? Mengapa mesti hanya manusia? Lihat dari kacamata zahirnya dari apa yang kita ketahui golongan jin ini satu golongan yang boleh dikatakan hebat dimana ia berkeupayaan pergi kemana2 sekelip mata, memindahkan satu2 benda yang tak terjangkau oleh pemikiran kita, boleh merubah2 rupa dan berbagai bagai kelebihan. Mengapa golongan ini tidak di itiraf semulia mulia kejadian? Padahal golongan ini juga mempunyai akal. Ini adalah satu diantara fakta yang jawapan menjurus kepada Akal kurang tepat. Berkisar dari jawapan kepada AKAL juga, cuba kita fikir2kan tentang perbandingan ini. Diantara bayi dan orang dewasa siapa yang lebih suci dan mulia? Sudah pastinya kita akan menyatakan bayi kerana bayi itu suci dari noda dan dosa dari perbuatan2 keji. Kerana bayi itu umpama sehelai kain puteh tanpa sedikit kekotoran pun yang terpalit. Antara bayi dan orang dewasa kedua2nya mempunyai otak tetapi bayi tidak mempunyai akal jika ada pun terlalu sedikit. Mengapa bayi dimuliakan sedangkan ia tidak mempunyai akal yang sempurna. Di akhir zaman kelak segala amalnya tidak ditimbang tara. Seperkara lagi kita lihat tentang orang gila atau tidak siuman dengan orang yang waras. Siapa yang lebih dimuliakan? Orang gila atau yang tidak siuman itu tidak berakal namun ia tetap dimuliakan kerana ia terlepas dari hitungan amalannya. Persoalannya adakah kemuliaan manusia terletak pada AKAL? Kerana apa manusia diciptakan di anugerah semulia mulia kejadian? Kalau bukan kerana akal kerana apa? Sama sama kita fikirkan, renungkan dan kupaskan supaya ianya terhurai. Islam ini sempurna pasti ada jawapannya.

Tiada ulasan: