Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Ahad, 19 Oktober 2014

   
         Assalamualaikum.. teman teman seperjuangan.. lama benar rasanya tidak update ruangan ini. kekadang rasa diri ini terlalu kecil disebabkan pengetahuan yang terlalu sedikit. Memandangkan "Sunnah" yang utama yang teramat penting iaitu "Dakwah" dimana didalam Al-Quran juga banyak mengatakan ayat ayat yang berkaitan "dakwah" sampaikanlah.. katakanlah.. justeru itu kita selaku manusia yang diamanah diatas jalan jalannya sampaikanlah ilmu dan kefahaman walau dengan hanya 1 ayat. Adakah untuk menyampaikan ilmu ilmu Allah ini perlu diitiraf sebagai guru? perlu berpengetahuan tinggi khususnya tentang ilmu ilmu mengenal Tuhan ini?

         Seawal dakwah Rasulullah dikalangan mereka yang berada di sekelilingnya adalah "Mengenal Allah" bersesuaian dengan ayat "Seawal agama itu dengan mengenal Allah" Maknanya ilmu mengenal Allah inilah satu satu ilmu paling asas dan paling awal yang perlu kita tahu. Rasulullah tidak menyampaikan tentang solat, puasa dan bab bab lain terlebih dahulu. Mana mungkin kita ingin memuji Tuhan pada masa yg sama kita lansung tidak mengenalinya. Mana mungkin kita ingin bersujud kpdNya tanpa kita tahu dan kenal akan Tuhan yang disujud. Bagaimana untuk berbakti kepada Tuhan yang kita tidak kenal dan tidak tahu.

        Banyak cara untuk menyampaikan dawah ini, secara terus antara 4mata, rakaman rakaman audio video, blog blog, FB dan internet. Ini terpulang atas kebijaksanaan penyampai bagaimana cara paling sesuai dan mudah untuk menyampaikan kefahaman di atas ilmu yang ada. Walau kita tahu untuk menyampai yang terbaik adalah dengan cara terus kepada guru yang arif makanya untuk langkah langkah pertama ini bijak bijaklah mengunakan saluran yang ada. Ilmu ilmu ketuhanan ini bukan untuk disembunyikan bukan untuk orang tertentu sahaja tetapi untuk semua sekalian manusia. Bukalah minda dan hati, lapangkan jiwa.. positif dalam apa jua ilmu yang disampaikan. Bermula dengan baik kesudahannya akan baik juga. Insyaallah. Hanya Dia.