Setulus Kata

Assalamualaikum.. Semoga dipermudahkan segala amal baik. Penulisan dihalaman ini semata2 pandangan peribadi saya melalui llmu yang tak seberapa ini, dari pengalaman2 bersama teman2 disekeliling, pengalaman menempuh masalah2 hidup, suka duka hingga mendapat 1 jalan kesimpulan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran saya. Halaman ini diwujudkan juga atas kesedaran diri dimana persoalan2 yg bermain difikiran agar dapat sama2 kita kongsikan bersama, huraikan dan memberi pandangan semampu dan seikhlas mungkin. Sememangnya melalui penulisan ini untuk mencapai kefahaman yang sebenar2nya agak sulit, dinasihat agar permasalah2an kursus di rujuk secara terus kepada mereka2 yang arif yang pernah menempuh dan merasainya. Untuk mengingatkan diri saya sendiri ramai teman2 disekeliling kita, malahan dari kalangan keluarga kita terasa dirinya sudah berada di landasan yang benar hakikatnya ia masih didalam kesesatan. Sesat dlm terang. Sesat tanpa ia sedar. [Al-Baqarah-.8]Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Khamis, 3 November 2011

Jika Kita Menjadi Pakar "Saintis"


Jika kita menjadi seorang pakar saintis pakar mencipta Robot yang boleh berkata2, lalu kita memprogramkannya agar boleh begerak dan hidup seakan manusia. kita mencipta beribu2 robot untuk berkerja berbakti kepada tuannya.

Soalan Pembayang :-

1) Andai Robot2 itu meluahkan cinta dan kaseh sayang kepada kamu adakah kamu menerimanya, membalas ungkapan cinta robot itu?
2) Andai Robot2 yang telah diprogramkan itu telah tersasar dari programmnya adakah kamu menyalahkan Robot itu kerana engkar?
3) Robot2 yang meluahkan perasaan cinta kaseh kepada kamu dan sentiasa akur segala arahan tidak pernah sesaat dan seperkara pun ia engkar kepada kamu sudah pastinya kamu akan suka dan sayang robot ciptaan dan buatan kamu. adakah perasaan kamu berpuas hati 100% segala luahannya ?

Soalan Utama :-

Adakah segala tindak tanduk perlakuan manusia ini telah diprogramkan oleh Allah sejak Azali lagi?

Sama2lah kita berfikir dan berkongsi pandangan sesungguhnya amat beruntung orang2 yang diberi ingat dan mahu berfikir. Berpesan2 dengan kebenaran berpesan2 dengan kesabaran. Allah mengurniakan akal untuk diguna dari perbagai sudut. gunakan kepada sudut yang baik dan berilmu.