Jika kita menjadi seorang pakar saintis pakar mencipta Robot yang boleh berkata2, lalu kita memprogramkannya agar boleh begerak dan hidup seakan manusia. kita mencipta beribu2 robot untuk berkerja berbakti kepada tuannya.
Khamis, 3 November 2011
Jika Kita Menjadi Pakar "Saintis"
Jika kita menjadi seorang pakar saintis pakar mencipta Robot yang boleh berkata2, lalu kita memprogramkannya agar boleh begerak dan hidup seakan manusia. kita mencipta beribu2 robot untuk berkerja berbakti kepada tuannya.
Isnin, 24 Oktober 2011
Mengapakah Umat Islam Bersolat Menghadap Berkiblatkan Baitullah (Ka'abah)..??
Ada segelintir dari kita sama ada islam atau sebaliknya sering bertanyakan tentang persoalan ini. Jika diantara penganut Islam ada yang masih tidak mengetahuinya apatah lagi penganut2 agama lain. Terpanggil saya akan persoalan ini sehingga teringat kembali sewaktu saya dulu2. sememangnya keluarga saya ini berjiran dengan penganut agama hindu dimana kami ini bagai 1 keluarga. anak2nya sebaya dengan saya waktu itu sekitar saya berusia 15 tahun. Disudut hujung rumahnya dibina sebuah bilik untuk sembahyang. anak2nya dididik untuk bersembahyang setiap hari. waktu anak2nya bersembahyang selalu juga saya ada bersama. saya hanya memerhati disebelahnya sambil sama2 tergelak2 besama anak2nya bermain2 dihadapan patung2. Apabila Aunty Lacthmi menjengah kebilik, kami terdiam seketika sebab Aunty Lacthmi akan memarahi kami bermain2 begelak ketawa ketika sembahyang. Pada waktu tenang sewaktu ketika, saya pernah bertanya kepada Aunty Lacthmi "Kenapa agama hindu membina patung2 lalu menyembahnya dan menggangap ia dewa atau tuhan?" Saya hanya berpandu atas ilmu dan pengetahuan yang saya ada waktu itu dimana ianya saya pelajari dari kedua ibu bapa dan skolah2 agama johor. waktu itu disekolah agama saya hanya belajar didarjah 4 sahaja. Aunty Latcmi tidak memarahi atau berkecil hati dengan saya atas soalan saya itu malah ia menjawapnya. "Awak tengok mana2 patung memangla manusia yang cipta, manusia yang buat, perbagai rupa perbagai corak khususnya agama hindu. memang benar ia tidak bernyawa, tidak berupaya apa2 pun. tidak berkuasa apa2 pun untuk mengubah corak hidup. kami bukan sembah ini patung. ia bukan tuhan juga bukan dewa. tetapi ia hanya simbul untuk kami tuju kepada tuhan atau pada dewa. dia macam ada tali penyambungngan" saya hanya terdiam dan menganguk2 faham atas pemikiran seusia saya. "semua agama mau baik2, jangan kacau orang, jangan curi atau makan hak org lain cuma cara sahaja berbeza, cara amalan keagamaan sahaja yang lain. Jika awak berfikir satu2 agama itu baik dn betul pada masa yang sama awak merosakkan orang lain atau mencuri contohnya adakah ia dikira bagus atau baik? kamu cuba tengok orang2 Islam ada yang mengaku Islam tetapi tidak sembahyang, masih bermain judi dan masih meminum arak. setahu aunty orang2 islam tidak boleh macam tu bukan? begitu juga dengan agama hindu" saya masih terdiam dan mengiakan apa yang diperkatakan oleh aunty Latchmy. Awak tengoklah orang Islam membuat Ka'abah dengan batu2 dan di tutupi dengan kain2 lalu menyembahnya malah orang2 islam berkata itu adalah "Rumah Allah" adakah tuhan Islam hanya tinggal di dalam Ka`abah? awak jangan merasa marah atau kecil hati atas apa yang aunty cakap, aunty hanya cakap pada apa yang aunty tahu dan aunty lihat di kaca2 TV. kesimpulannya sama sahaja antara Islam dengan Hindu.. atau dengan agama2 lain membina dengan tanah2 dan batu2 lalu menyembahnya.. kerana apa? ia hanya "SIMBUL". Ketika seusia itu dan setaraf dengan pengetahuan pendidikan agama saya yang longar atas kata lain beragama pada ikut ikutan dan keturunan saya terima kata aunty itu dengan lapang dada. Hari demi hari akal memecah usia persoalan itu tidak berhenti disitu ia bermain berlegar2 di akal sehingga terpacul persoalan demi persoalan "Islam ini amat sempurna, Islam ini agama Allah. kebenaran yang tepat" atas perkara ini setiap perintah setiap sejarah itu pasti ada sebab dan musababnya dari segi kehidupan, perundangan, manusia dengan manusia atau dengan makhluk2 yang lain atau manusia dengan Tuhannya. Atas kebenaran itu juga ia akan mambezakan Islam dan agama lain. Janganlah kamu berpegang kepada agama ikut ikutan atau agama nenek moyang nescaya taraf kamu samalah dengan mereka2 yang menyembah berhala dan batu2 atau makhluk2 lain. berpeganglah kepada Agama kebenaran. Rasulullullah juga sering menyarankan dan suka kita bertanya, memikirkan, memahami, menerimanya dengan kukuh lalu memegangnya atau mengamalkannya. "Beruntunglah bagi mereka2 yang mahu bertanya2 berpesan2 dan mahu berfikir"
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. (Al-Taariq-5)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). (Saba-46)
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqaan -25)
Adapun melalui pengajian ilmu Fekah menyatakn diantara sah solat adalah mengadap ke Baitullah iaitu Ka`abah.
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (Al-Baqara: 150)
Dan dari asas2 pengajian Tasauf pula menyatakan tidak sah solat seseorang itu sehingga pada dirinya mempunyai 3 kiblat iaitu :-
1) Kiblat Baitullah (Ka'abah).
2) Kiblat Hati.
3) Kiblat Rahsia.
Kiblat Baitullah ( Ka'abah )
Seperti mana yang kita ketahui jika kita bersolat dalam apa2 situasi dan tempat kita perlu berusaha mencari arah kiblat yang betul semana mampu. ini terkecuali jika dalam situasi benar2 darurat. Kiblat Baitullah ini atas ertikata lain adalah Kiblat Tubuh. makanya tubuh kita sewaktu solat perlu menghadap ke Ka`abah. Mengapakah ia diarah ke ka'abah? dan mengapa perlu didirikan batu2 atau tembok2? mengapa tidak di tempat lain. bebas di mana2 arah contohnya.
Andaikata Allah mengwahyukan kepada Rasulullah dimana sekali pun arah kiblat, dibukit Tursina atau di Gunung Himalaya sekali pun makanya disitulah kiblat kita. ini bermakna islam ini satu arah satu tujuan satu matlamat. satu agama yang bersatu. tidak ada sebahagian kebarat tidak ada sebahagian lagi ketimur tidak ada ke utara dan selatan seperti agama2 yang lain. setelah diarah ditentukan mengadap satu arah iaitu MasjidilHaram.. adakah kita hanya perlukan tandakan satu titik? atau letakkan hanya 1 biji batu bata yang kecil sebagai tanda atau titik arah? sudah pastinya ia akan menjadi bercelaru dengan kehadiran jutaan manusia. kerna itu kita dirikan Baitullah iaitu Ka,bah dimana seperti mana yang kita lihat sekarang ini. hanya 1 sahaja.. hanya 1 simbul sahaja. walau ianya sebagai 1 simbul yang berupa titik pertemuan ia masih tidak seperti agama2 lain yang perbagai bentuk dan arah.
Persoalanya Mengapa pula perlu menghadap ke masjidiharam di mekah? kenapa tidak di tempat lain. Untuk pengetahuan kita semua juga. kita sedia maklum manusia ini dicipta dari tanah (tubuh) bersesuaian apa yang terkandung di dalam Al-Quran :-
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; (Al-Muminoon: 12)
Apabila tubuh kita dicipta dari tanah yang berasal dari bumi makanya disitu juga la arah sewajarnya bagi tubuh. iaitu kearah pusat bumi. Tahukah kita bahawa pusat bumi ini adalah Ka'abah?
(***) Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkasawan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Sekira kita dapati Ka`abah musnah atas tangan2 manusia atau bencana alam, ini petanda Islam akan lenyap secara tidak langsung ianya petanda akhir zaman. Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat sempurna ini.(***)
Disini tidaklah saya ingin mengupas mengapa kita bertawaf mengelilingi Ka`abah secara lebih lanjut lagi.
Kiblat Hati
Kiblat hati ini adalah agak sukar kita ketemui atau ketahui jika tidak fokus dengan betul dengan keikhlasan, dengan ilmu dan amal yang sempurna. kiblat hati ini sentiasa bertumpukan kepada Allah s.w.t dengan zikir2 memuji dan menyebut akn Nya, seiring dengan bacaan ayat2 suci al-quran dan dengan mengingatinya tanpa putus.
Maka celakalah (neraka Well) bagi mereka yang sentiasa lalai dalam solatnya.mengingati perkara2 lain selain Allah. (Al-Maaun-5)
Dalam ayat ini jelas menyatakan tentang pentingnya kiblat hati iaitu mengingati Allah didalam solat. tidak memikirkan soal2 lain. makan, pekerjaan dan pekara duniawi yang lain. Apabila kita besolat sedangkan kita masih tertumpu kepada Duniawi maka perkara itulah yang kita sembah sebenarnya. kita bertuhankan duniawi. kerna itu Allah menyatakan neraka Jahanamlah (well) ditempatkan orang orang seperti ini.
Kiblat Rahsia
Kiblat Rahsia ini seharusnya untuk mengetahuinya adalah lebih baik disusurkan secara terperinci secara berhadapan dengan mereka2 yang arif dan mereka2 yang telah melalui dan menemuinya. Disini saya hanya ulaskan secara ringkas agar ianya sama2 kita dapat fikirkan. Ada pun Kiblat Rahsia ini secara asasnya mengenai "Rasa" mengenai nikmat. ia satu nikmat yang tidak terhingga yang tidak terluah dengan kata2. sehinggakan kita tidak sedar dimana kita berada dan sentiasa tertumpu kepada nikmat2 Allah. subahannallah. Kiblat Rahsia ini juga yang membawa kita kepada Allah kerana ia lah yang paling mengetahui dan mengenal akan Allah. ia menjadi perantara, penyambung Amanah antara kita dengan Allah. tidak ada pintu lain lagi untuk kita menemui atau merasai akan Allah dan rasa bertuhan melainkan Solat dan Zikirullah.
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 6)
Semoga kita sama2 beroleh kemudahan jalan untuk merintis jalan2 yang diredhoinya.. Amin
(***) - Fakta ini diambil dari sumber Email sbgai penambahan.
Isnin, 7 Februari 2011
Fikir2kan Lah "Cinta.. Rindu yang Tulus"
Baca dgn hati2 fahamkan dn brtanya kpd org2 yg pernah mnempuh dn merasainya yg brpengalaman yg arif tentang ini. Cinta yg sejati yg luhur yg sbenar2nya bkn dinilai dgn wang ringgit, bkn dgn ilmu yg tinggi ia tdk mgenal sesiapa tdk mgenal pangkat dan darjat tdk mgenal rupa. Dgn cinta kita boleh btukar arah dari jahat mjadi baik bgitu juga sebaliknya shingga ada diantaranya sanggup mnukar agama. Bgitulah kuatnya tarikan panahan cinta. Perumpamaannya :
Andai kamu mempunyai seorg kekasih, yg dirindui dikasihi disayangi dia la satu2nya yg tersemat dihati. Setiap hari kamu mengingati dn mrinduinya. Suatu hari sang kekasih ingin berjumpa dgn kamu ia meletakkn waktu dn tarikhnya. Sudah pastinya kamu tdk sabar2 menanti saat itu. bersiap2 dgn pakaian yg indah2 dn wangian agar kterampilan diri smakin myerlah. agar sang kekasih tdk akn kecewa dn sentiasa bbahagia. Stelah sampai waktunya hati semakin bedebar2, ats perasaan itu shingga memaksa mgatur setiap ungkapan yg prlu diungkap. Abila tiba saatnya rindu yg dipendam2 tk tahu bagaimana utk dipkatakn lagi. trlalu ashik tlalu bahagia. setiap saat yg berlalu tdk dilepaskan bgitu shaja. utk mlepas sekelip pndangan pun amat brharga. apatah lagi dapat berdakapan.. tiba2 sang kekasih minta beredar. ptemuan hanya seketika sahaja. padahal waktu telah lama berlalu.. kamu tdk merasainya sehari rasa sejam.. sejam rasa seminit. ia berlalu terlalu cepat.. sudah pasti kamu sentiasa dahagakan saat2 ini.. dn sentiasa inginkannya. kamu tdk memerlukan balasan berupa harta dn wang ringgit.. semua penat lelah dn pgorbanan ikhlas dari hati sanubari hanya utk sang kekasih.
Begitulah adanya dgn mereka2 yg telah menemui jln kekasih yg hakiki iaitu jln2 ALLAH. Tiada jln lain lagi yg dpt menemui rahsia2 ketuhanan melainkn SOLAT dn ZIKIRULLAH. kita bayangkan perumpamaan percintaan diatas tadi, alangkan pcintaan manusia sesama manusia kita tdk dpt merungkainya dgn kata2 inikan pula kita dgn Allah. Beruntunglah bagi mereka2 yang tlah melalui dn menjumpai solat dn zikir dgn berkat kesungguhan, keikhlasan dn kesabaran. Utk menemui nikmat2 solat dn zikir ini tdk semestinya ia seorg pnghafal hadith dn Al-Quran, phafal sunnah dari kalangan lulusan2 pngajian tinggi, berijazah dn prbagai pengtirafan dunia. kita perlu tahu penghafal dn pengamal tdk sama. utk menemui nikmat2 Solat dn Zikir ini perlulah mempunyai keikhlasan yg sebenar2nya, pegorbanan yg tinggi dari segi masa dn tenaga, perlu kesabaran dn kesungguhan. setiap amalan yg diamal perlu tahu kesinambungan sebab dn musababbya. Jgn diamal secara ikut2tan. Abila kita tahu dn knal akan setiap amalan itu scara tk lansung setiap amalan mjadi sebati dlm diri. kita juga perlu tahu dn menerima dihati bahawa setiap tuntutan dari Allah melalui Rasulullah ia tdk dtg dgn sia2.
Sesungguhnya Solat itu amat berat utk melaksanaknnya kcuali mereka2 yg beriman dn tlah menemuinya. kerna itu kita lihat mereka2 disekeliling kita amat berat menunaikn solat, melengah2kan dan kadangkala sengaja ditinggalkan. ada pula rasa tdk bsalah sdikit pun dihati kerna secara sengaja meninggalkan solat. kerna apa? kerna dihati tlah disemat solat itu satu tangungjawap. Apa itu istilah tangungjawap? Tangungjawap itu ats kata lain suka tdk suka kena buat. Wajib.. mesti kena tunaikan walau secara paksa skali pun. Kmu bayangkan kamu berkerja keras utk mendapatkn seutas rantai utk dihadiahkan kpd kakasih kamu.. stelah bjaya mhadiahkannya dn melihat rantai yg kamu beli berada di leher kekasih, Ape perasaan kamu waktu itu? sudah tntu kmu amat berbanga dn gembira. maka segala penat lelah akn hilang bgitu shaja. adakah kamu ingin balasan? adakah kamu mgatakn itu tngungjwp kamu utk mberinya seutas rantai? sudah pastinya tdk bkn? inilah dinamakn sebenar2 ikhlas. Bgitu juga dgn solat. adakah rasulullah dn para sahabat bersolat dn bzikir kerana inginkn pahala? sudah pastinya tdk kerna ia tlah dijanjikan surga.. kerna apa? ia tlah mnemui nikmat2 solat. Apabila tlah menemui sekali tdk sabar2 utk mnemui lagi dan lagi.. tdk sabar2 utk menunggu waktu masuk solat. Apatah lagi jarak waktu yang panjang antara waktu solat isya dn subuh. utk itu mereka2 yg telah menemuinya bersolat sunat dn bzikir di sepertiga malam. secara akalnya mana mungkin kita boleh bermadu kaseh dgn kekaseh kita dlm keadaan hiruk pikuk.. bgitu juga utk mnemui jln Solat ini.. sepertiga malam lah waktu yg paling sesuai utk menerokai nikmat2 solat. kerna itu Rasulullah dan para sahabat tdk akn lepaskn peluang yg ada utk bersolat. Sehinggakan Saidina Ali ditikam waktu bsolat beliau dn para sahabat tdk menyedarinya.. kerna apa? tlah mnemui Solat yg sbenar.
Apila kamu faham pengertian solat ini. berusaha dn terus mencari akhirnya ketemui adakah kamu ingin memendekkan Solat ( Qasar ) atau mehimpunnya ( Jama`)? kamu sendiri yg dpt menilainya sejauh mana iman dn keinginan serta pengorbanan kamu. Bagaimana kamu ingin menemui Solat dn Zikirullah? Setiap prlakuan dn bacaan solat ada kesinambungan dgn kjadian manusia dn hubungan kita dgn Allah bgitu juga dgn zikir2. Sdah dipkatakn setiap kejadian Allah itu ada susur aturnya. kerna itu juga Islam itu sempurna. secara tdk langsung Islam ini amat berbeda dgn agama2 lain dari segi ketuhanannya dn hukum hakamnya. Terokailah carilah mereka2 yg telah merasainya dn menempuhnya.
Perlu diingat sekali lagi mereka2 yg telah menemui akan Solat dn Zikir ini tdk semestinya org2 yg tinggi ilmunya. Awas!! jln Curam kerna banyak tipu daya..
Wassalam.. Ya Allah berkatilah usahaku, pjuangan ku, kerna aku tiada apa2 hanya yg Haq.